Friday 23 December 2016

Pencalonan Belia Tani Mengikuti Prog. Latihan Pertanian Di Jepun

PENCALONAN BELIA - BELIA TANI YANG BERMINAT UNTUK MENGIKUTI PROGRAM LATIHAN PERTANIAN DI NEGARA JEPUN BAGI SESI 2017/2018
Kriteria / Syarat - syarat 





Tuesday 4 October 2016

MAJLIS PELANCARAN PERTANIAN BANDAR KWSN. RUKUN TETANGGA.


MAJLIS PELANCARAN PERTANIAN BANDAR KWSN. RUKUN TETANGGA PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2016

1 Oct, Sabtu - Bertempat di Pusat Rukun Tetangga Taman Kajang Utama, Kajang Selangor Darul Ehsan. Berlangsung Majlis Pelancaran Pertanian Bandar Kawasan Rukun Tetangga Peringkat Negeri Selangor 2016. Majlis dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor.

Jabatan Pertanian Negeri Selangor merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan menyelia program Pertanian Bandar di kawasan - kawasan Rukun Tetangga khususnya. 

Sambutan dari penduduk setempat dan KRT sekitar Negeri Selangor amat menggalakkan dan rata - rata menyokong dasar yang diketengahkan oleh Pihak Jabatan Pertanian dan usahasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor. 

Majlis tamat jam 2.00 petang.














Friday 30 September 2016

PROGRAM JOM BERTANI KAMPUNG BAHAGIA, BANGI.


18 Sept. Ahad - Seramai 30 orang penduduk setempat hadir memberikan sambutan yang menggalakkan terhadap program anjuran bersama Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat(JPDHL) dan JKKKP Kampung Bahagia Bangi.

Lokasi Taklimat diadakan diperkarangan kawasan perumahan penduduk tempatan. Porgram bermula jam 10.00 pagi. Program dipengerusikan oleh En. Mohd Shafie A.Ghani selaku Pengerusi JKKKP Kg. Bahagia Bangi. 

Sesi Taklimat di sampaikan oleh Pen. Pegawai Pertanian G29 Hulu Langat 2(HL 2 Kawasan Kajang, Bangi & Semenyih) En. Mohammad Nawawi bin Ibbas( Nawawi Awy) dan turut disertai Pen. Pegawai Pengembangan Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat En. Saiful Bin Roslan

Program berakhir jam 4 petang dan diakhiri dengan sedikit pemberian cenderahati dari pihak JPDHL kepada penduduk yang hadir. 

cc : En. Hamim bin Husin (Hamim Bird Angah) Pen. Pegawai Pertanian G29 Hulu Langat 3 (HL 3 Beranang)











Friday 29 April 2016

Kursus Lebah Kelulut

28 april 2016 Khamis - Bertempat di Pusat Flora Cheras, seramai 40 orang APK telah pun mengambil bahagian dalam kursus berkenaan. En.Hanifah Bin Hasan selaku penceramah pada kursus kali ini. Didalam kursus ini juga disertakan penerangan terperinci mengenai Lebah Kelulut , kaedah Topping dan Pecah Koloni.



















Lawatan Peserta Kursus Pengurusan Promosi & Pemasaran Produk myGAP

27 April 2016 Rabu - Seramai 33 peserta kursus dari ILPP, Serdang disertai bersama Pengarah ILPP, Serdang En. Salahuddin bin Che Ayub, mengadakan lawatan ke Lot 14Exotic Star - m Sdn Bhd(plantation) TKPM Batangsi dan Kilang Pemprosesan(Pejabat Urusan) Exotic Star (M) Sdn. Bhd . Lawatan kali ini sebahagian dari program kursus yang dianjurkan dengan bertujuan melihat sendiri dengan lebih dekat kaedah penuaian hasil buah - buahan di ladang serta melihat kaedah penggredan , pembungkusan dan pelabelan di kilang Exotic Star (M) Sdn. Bhd.