MAKLUMAT AM



SEJARAH PENUBUHAN PUSAT FLORA CHERAS


Pusat Flora Cheras yang dahulunya dikenali sebagai Agriculture Station telah dibuka pada tahun 1924. Diketuai oleh Mr. Danaud selaku pengarah dan berfungsi sebagai Jabatan Pertanian, Haiwan, Perikanan, Getah dan Kelapa sawit. Pada tahun 1953, namanya ditukar kepada Pusat Pertanian dan pada tahun 1984, sekali lagi namanya ditukar kepada Pusat Flora Cheras.

Tahun 1960, Pusat Flora Cheras, melalui penggunaan sumber dan kemudahahan sokongannya, juga berfungsi sebagai Pusat Latihan Pertanian dan menyediakan kursus selama 2 bulan setengah dengan 3 kali pengambilan pada setiap tahun.

Senarai Pegawai Pertanian Daerah Hulu Langat :

1953- En. Lee Cin Ku

1960- En. Yusof Bin Din

1965- Yam Raja Shahrulzaman Raja Jusin

1973- Pn. Hafsah Binti Nayan

1983- Pn. Siti Saudah Bt. Hj. Hassim

2001- En. Hj. Daud B. Otheman

2006 - Pn. Norhelaliah Binti Isa

2009 - En. Hanifah Bin Hasan
        
2021 - En. Mohd Suhaimi bin Abd Hamid (hingga kini)



Lokasi Daerah

Daerah Hulu Langat terletak di dalam kawasan Lembah Klang dan bersempadanan dengan:
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Daerah Gombak di sebelah Barat Laut;
Daerah Petaling di sebelah Barat;
Daerah Sepang di sebelah Barat Daya;
Negeri Pahang di sebelah Timur Laut; dan
Negeri Sembilan disebelah Selatan dan Timur



Profail Daerah

Keindahan Daerah Hulu Langat dicerna oleh ungkapan "kampung di tengah bandar besar". Ini kerana suasana tradisi dan keindahan kampung masih tetap wujud di sini meskipun dihimpit oleh pembangunan yang agak pesat dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kedudukannya yang hampir dengan Persekutuan Putrajaya.  Daerah Hulu Langat merupakan satu daripada 9 daerah yang terdapat di Negeri Selangor. Ia merupakan daerah ke 5 terbesar di Negeri Selangor. Daerah ini terletak di dalam kawasan Lembah Klang. Daerah ini mempunyai 7 buah Mukim yang diwartakan di bawah Kanun Tanah Negara iaitu :-

BilMukimKeluasan  Dalam Hektar
1Hulu Langat  29,542
2Hulu Semenyih
18,405
3Semenyih9,599
4Kajang9,340
5Beranang6,184
6 Cheras5,973
7Ampang3,901

Jumlah82, 944










1 comment: