Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

Wednesday, 12 November 2014

HARI LADANG DAN HARI BERTEMU PELANGGAN

PROGRAM HARI LADANG DAN HARI BERTEMU PELANGGAN
PEJABAT PERTANIAN DAERAH HULU LANGAT
BERSAMA MOA-INC DAERAH HULU LANGAT

TARIKH  : 15 NOVEMBER 2014
MASA      : 9.00 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT : PEJABAT PERTANIAN DAERAH HULU LANGAT (PUSAT FLORA CHERAS)
                   BATU 11, JALAN CHERAS, KAJANG


ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN

- Pameran Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
- Pameran berkaitan aktiviti pertanian
- Jualan bungaan dan anak pokok buah - buahan
- Jualan sayur - sayuran dan buah- buahan
- Kursus berkaitan pertanian
- Jualan produk industri asas tani
- Pemeriksaan kesihatan dan Kempen Basmi Aedes Cegah Denggi
- Pelbagai Pertandingan dan Kuiz
*Cabutan hadiah pengunjung bertuah

* SEMUA DIJEMPUT HADIR

Monday, 21 October 2013

Hari Bertemu Pelanggan dan Kempen Kawalan Perosak Tanaman Kelapa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jemputan ke
 Hari Bertemu Pelanggan dan
Kempen Kawalan Perosak Tanaman Kelapa
Jabatan Pertanian Daerah Hulu Langat.

Tarikh : 22 Oktober 2013
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Pusat Flora Cheras

Acara :
1. Taklimat dan 'Hands On' kawalan perosak tanaman kelapa
2. Kursus Natural Farming
3. Klinik Pengembangan / Khidmat nasihat berkaitan tanaman
4. Pameran

Semua dijemput hadir...

Wednesday, 26 December 2012

Tawaran Mengikuti Kursus Kejenteraan Pertanian Bagi Sesi Ke 77 / 1 / 2013

Tawaran Mengikuti Kursus Kejenteraan Pertanian ke-77/1 Tahun 2013 di PLKP Tg. Karang

Bagi Daerah Hulu Langat temuduga akan diadakan pada ketetapan berikut:

                      Tarikh  : 7 Januari 2013 (Isnin)
                      Masa    : 9.00 pagi
                      Tempat : Bilik Gerakan Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat 
                                      (Pusat Flora Cheras) Batu 11, Jalan Cheras,
                                      43000 Kajang, Selangor.

Kriteria Calon adalah seperti berikut :
  1. Sihat tubuh badan.
  2. Lelaki berumur 20 hingga 40 tahun.
  3. Sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5.
  4. Boleh menulis dan membaca dengan baik.
  5. Bebas dari pengaruh najis dadah.

                                    
* Hubungi En Syazwan di talian 017-3033532 untuk maklumat lanjut. 







kredit to PLKPTK

Wednesday, 17 October 2012

Kursus Di Jepun

KURSUS LATIHAN PERTANIAN DI NEGARA JEPUN BAGI SESI 2013/2014

SYARAT-SYARAT UNTUK MENGIKUTI KURSUS LATIHAN PERTANIAN DI NEGARA JEPUN TAHUN 2013

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia Lelaki yang berumur di antara 21 hingga 28 tahun  pada tarikh bertolak ke Jepun. (1 april 2013)
  2. Belum berkahwin
  3. Kelulusan (minima) : Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  4. Berpengalaman melaksanakan projek pertanian untuk tempoh sekurang-kurangnya dua (2) tahun.
  5. Berpotensi untuk menjadi pemimpin peladang di masa hadapan.
  6. sanggup untuk meninggalkan bidang usaha/keluarga selama 14 bulan (3 bulan Kursus Persediaan ke Jepun di PLKP Serdang dan 11 bulan latihan di Negara Jepun)
  7. Sanggup bekerja sepenuh masa, tinggal dan makan bersama keluarga petani Jepun.
  8. Tidak dibenarkan meninggalkan kursus walaupun menghadapi sebarang masalah.
  9. Borang yang telah lengkap perlu disahkan oleh Pegawai Pertanian Daerah di tempat peserta.
  10. Sila sertakan salinan dokumen berikut :
    1. Kad Pengenalan
    2. Sijil SPM/SPMV/Diploma/Ijazah
  11. Tarikh tutup permohonan : Borang yang telah dilengkapkan hendaklah sampai ke Bahagian Pengembangan dan Industri Asas Tani pada atau sebelum 31 Oktober 2012 atau hantar ke Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat pada atau sebelum 30 Oktober 2012.
* Borang Permohonan boleh diperolehi di Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat.

Wednesday, 18 July 2012

Kursus Asas 'Natural Farming'

Kursus Asas 'Natural Farming' akan diadakan pada ketetapan berikut :

    Tarikh    : 19 Julai 2012
    Tempat  : Pej. Pertanian Daerah Hulu Langat
                   (Pusat Flora Cheras)
    Masa     : 9.00 pagi

Semua petani Daerah Hulu Langat dijemput hadir dan boleh berhubung dengan En Syazwan di talian 03-87331217 untuk pengesahan tempat. Penyertaan adalah percuma dan terhad.