Showing posts with label pertanian bandar. Show all posts
Showing posts with label pertanian bandar. Show all posts

Monday, 14 September 2015

PROJEK KOMUNITI PERTANIAN BANDAR (BANGI GREEN PUTRA)







En. Hanifah bin Hasan, selaku Pegawai Pertanian yang terbabit bagi program pada hari tersebut.








antara bahan yang digunakan bagi menghasilkan Organic Plant Booster. 


Program ini telah pun  berlangsung pada 12 September 2015 (Sabtu). Dengan usahasama antara penduduk Seksyen 7 Bandar Baru Bangi serta Jabatan Pertanian Daerah Hulu Langat dan juga agensi yang berkaitan dan turut serta menjayakan program ini ialah  Universiti Pertanian Malaysia dan RJ Muslim Centre Kids. Pertanian Bandar kini menjadi "trending" di kalangan penduduk taman - taman perumahan kawasan bandar dan ini merupakan  sebagai salah satu maklum balas yang positif dari penduduk komuniti kawasan daerah Hulu Langat. Impak dari program yang Jabatan Pertanian sendiri lakukan iaitu Program Pertanian Bandar, sambutan yang diterima amat mengalakkan khususunya meliputi setiap kawasan perumahan di sekitar Hulu Langat.


Tuesday, 3 March 2015

Program Pertanian Bandar Anjuran DF Farm House Jalan Bukit, Kajang

Pada 14hb Februari Sabtu, bertempat di DF Farm House Jalan Bukit, Kajang telah berlangsung Kempen Pertanian Bandar yang dianjurkan sendiri oleh DF Farm House. Dengan usaha sama wakil penduduk kawasan sekitar bagi meningkatkan kesedaran mengenai Pertanian Bandar yang kian membangun pada ketika ini. Majlis dirasmikan oleh Tan Sri Dato' Soong Siew Hoong, Executive Advisor ACCIM. Pihak DF Farm turut menjemput Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat selaku agensi yang berkuatkuasa mengenai Program Pertanian Bandar. En. Abidin bin Mohd Ariffin, Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Selangor turut sudi meluangkan masa mengunjungi program dan menyampaikan amanat mengenai Program Pertanian Bandar yang giat dipromosikan hingga ke hari ini. Serta tidak ketinggalan Pegawai Daerah Hulu Langat En. Hanifah Hassan beserta Desk Officer Pertanian Bandar Hulu Langat En. Imam Suhadi bin Sunhaji. 



Dari kiri, D.O Pertanian Bandar En. Imam Suhadi b. Sunhaji, Pen.Peg. Pertanian Pembangunan Hulu Langat En. Syazwan dan PPD Hulu Langat En, Hanifah b. Hasan


Antara hadirin yang hadir


Demonstrasi Vertical Farm Drum, dari En. Jeff Kong 


Sesi bergambar diantara DF Farm House dan komuniti


En. Abidin bin Mohd Ariffin Timb. Pengarah Pertanian Negeri Selangor menyampaikan amanat.