Wednesday 26 December 2012

Tawaran Mengikuti Kursus Kejenteraan Pertanian Bagi Sesi Ke 77 / 1 / 2013

Tawaran Mengikuti Kursus Kejenteraan Pertanian ke-77/1 Tahun 2013 di PLKP Tg. Karang

Bagi Daerah Hulu Langat temuduga akan diadakan pada ketetapan berikut:

                      Tarikh  : 7 Januari 2013 (Isnin)
                      Masa    : 9.00 pagi
                      Tempat : Bilik Gerakan Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat 
                                      (Pusat Flora Cheras) Batu 11, Jalan Cheras,
                                      43000 Kajang, Selangor.

Kriteria Calon adalah seperti berikut :
  1. Sihat tubuh badan.
  2. Lelaki berumur 20 hingga 40 tahun.
  3. Sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5.
  4. Boleh menulis dan membaca dengan baik.
  5. Bebas dari pengaruh najis dadah.

                                    
* Hubungi En Syazwan di talian 017-3033532 untuk maklumat lanjut. 







kredit to PLKPTK

Sunday 9 December 2012

SAF 2012

JEMPUTAN KE SELANGOR AGROFEST 2012 (SAF 2012)

Tarikh   : 11-16 Disember 2012
Masa    : 10.00 pagi - 10.00 malam
Tempat : Perkarangan Tempat Letak Kereta, Stadium Shah Alam

Pelbagai aktiviti menarik disediakan...
Maklumat lanjut layari : www.facebook.com/selangoragrofest2012


Tuesday 4 December 2012

Jualan Buah Rambutan

Jualan Buah Rambutan Segar Dari ladang

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli atau memajak buah rambutan boleh datang ke Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat (Pusat Flora Cheras).

Hubungi Puan hajah Kamariah di talian 013-2761406 untuk maklumat lanjut.





Wednesday 24 October 2012

Gangguan Perkhidmatan Telefon

Perkhidmatan Telefon Pejabat 03-87331217 tergendala pada ketika ini. Sebarang urusan Telefon/Fax 03-87330298 atau boleh datang terus ke pejabat di alamat :

Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat,
Batu 11 Jalan Cheras, 43000 Kajang, Selangor.

Emel : 
doa.pfc@gmail.com
pertanianhululangat@yahoo.com

Tel/Fax : 03-87330298

Sebarang kesulitan amat dikesali..

Wednesday 17 October 2012

Jom Berkebun!

Mulberi Tumbuhan Pelbagai Guna




Mulberi (juga disebut Bebesaran) (LatinMorus) adalah termasuk genus tumbuhan dari keluarga Moraceae. Ianya terdiri dari 10–16 spesies pohon Mulberi yang asli berasal dari kawasan beriklim panas dan subtropika di benua AsiaAfrikadan Amerika Latin. Namun kebanyakan dari spesies asli Mulberi berasal dari benuaAsia.
Pokok Mulberi tumbuh dengan begitu cepat walaupun ianya ditanam hanya pada mulanya sebagai anak benih. Namun selepas ia mengalami pertumbuhan pantas (Rapidly growing), pertumbuhan pokok Mulberi biasanya akan mula menjadi lambat. Tinggi pokok Mulberi jarang melebihi 10-15 meter. Daun pokok Mulberi berurat jejala, bercuping dan menggergaji di bahagian tepi. Buah Mulberi merupakan buah yang bernodul majmuk yang mampu mencapai kepanjangan 2-3 cm dan 1 cm meter lebar, berwarna merah bila masih mudah dan ungu tua bila ranum, dan ia enak dimakan segar.
Mulberi juga terkenal akan penggunaan dedaunannya yang digunakan sebagai makanan ulat sutera. Selain itu, andalas (Morus macroura), salah satu spesies Mulberi, batangnya sering digunakan untuk dibuat parket lantai rumah atau marbel kerana kuat dan keras.


Spesies
Bidang ilmu taksonomi Morus sebenarnya sangat kompleks dan sukar untuk dirungkai. Sebenarnya terdapat hanya 150 spesies jenis keluarga Morus Mulberi sahaja didalam dunia ini yang telah dinamai. Namun kebanyakan daripada spesies yang tersenarai masih diperdebatkan sehingga ke hari ini.
Berikut adalah spesies-spesies Morus Mulberi yang diterima umum setakat ini:

Kelebihan pokok Mulberi ini ialah keseluruhan pokoknya digunakan sepenuhnya sama ada untuk manfaat manusia juga haiwan ternakan. daun Mulberi yang kaya dengan sumber protein sehingga mencecah 21.2% amat sesuai untuk haiwan ternakan seperti kambing, lembu, rusa, arnab dan lain-lain. Khasiatnya sebagai sumber fiber dengan kandungan klorofil dan kalsium diantara yang tertinggi, terbukti dapat membantu meningkatkan penghasilan susu bagi kambing tenusu. Manakala batang serta akar pula boleh direbus untuk diminum sebagai pencegahan kencing manis, tekanan darah tinggi dan mengurangkan kolestrol dalam darah. Buahnya yang kaya dengan vitamin C sesuai dijadikan jem atau dimakan mentah.

kredit to : Wikipedia & Majalah Laman

Kursus Di Jepun

KURSUS LATIHAN PERTANIAN DI NEGARA JEPUN BAGI SESI 2013/2014

SYARAT-SYARAT UNTUK MENGIKUTI KURSUS LATIHAN PERTANIAN DI NEGARA JEPUN TAHUN 2013

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia Lelaki yang berumur di antara 21 hingga 28 tahun  pada tarikh bertolak ke Jepun. (1 april 2013)
  2. Belum berkahwin
  3. Kelulusan (minima) : Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  4. Berpengalaman melaksanakan projek pertanian untuk tempoh sekurang-kurangnya dua (2) tahun.
  5. Berpotensi untuk menjadi pemimpin peladang di masa hadapan.
  6. sanggup untuk meninggalkan bidang usaha/keluarga selama 14 bulan (3 bulan Kursus Persediaan ke Jepun di PLKP Serdang dan 11 bulan latihan di Negara Jepun)
  7. Sanggup bekerja sepenuh masa, tinggal dan makan bersama keluarga petani Jepun.
  8. Tidak dibenarkan meninggalkan kursus walaupun menghadapi sebarang masalah.
  9. Borang yang telah lengkap perlu disahkan oleh Pegawai Pertanian Daerah di tempat peserta.
  10. Sila sertakan salinan dokumen berikut :
    1. Kad Pengenalan
    2. Sijil SPM/SPMV/Diploma/Ijazah
  11. Tarikh tutup permohonan : Borang yang telah dilengkapkan hendaklah sampai ke Bahagian Pengembangan dan Industri Asas Tani pada atau sebelum 31 Oktober 2012 atau hantar ke Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat pada atau sebelum 30 Oktober 2012.
* Borang Permohonan boleh diperolehi di Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat.

Thursday 16 August 2012

Selamat Hari Raya



SELURUH WARGA JABATAN PERTANIAN DAERAH HULU LANGAT MENGUCAPKAN
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

KEPADA:

SELURUH WARGA JABATAN PERTANIAN MALAYSIA,
JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR,
PENGUSAHA, PETANI DAN PENDUDUK DAERAH HULU LANGAT DAN
SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA.

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA...

Wednesday 18 July 2012

Kursus Asas 'Natural Farming'

Kursus Asas 'Natural Farming' akan diadakan pada ketetapan berikut :

    Tarikh    : 19 Julai 2012
    Tempat  : Pej. Pertanian Daerah Hulu Langat
                   (Pusat Flora Cheras)
    Masa     : 9.00 pagi

Semua petani Daerah Hulu Langat dijemput hadir dan boleh berhubung dengan En Syazwan di talian 03-87331217 untuk pengesahan tempat. Penyertaan adalah percuma dan terhad.

Thursday 12 July 2012

Program Sehari Jabatan

Program Sehari Jabatan Pertanian Bersama Penduduk Kg. Jawa, Hulu Langat dan Penghakiman KPW Kg Jawa peringkat kebangsaan.

Pihak Jabatan Pertanian Daerah Hulu Langat menjemput orang ramai menghadiri program berkenaan seperti ketetapan berikut :

          Tarikh    : 13 Julai 2012
          Tempat  : Balairaya Kg Jawa, Batu 18, Hulu Langat
          Masa     : 9.00 pagi - 4.00 petang

Aktiviti yang dijalankan seperti pameran, jualan dan pertandingan gubahan bunga dan buah-buahan.
Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini.

Thursday 5 July 2012

Penyakit Moko Pisang

PENYAKIT MOKO PISANG


Penyakit Moko disebabkan oleh bakteria Ralstonia solanacearum. Bakteria ini merupakan gram negatif, aerobik, tidak berspora dan dibawa oleh tanah. Ia menyerang tanaman dengan membuat koloni di dalam xilem dan mengakibatkan simptom layu bakteria.

Gambar 1 : Rupa mikrograf bakteria R. solanacearum
(kredit: http://iant.toulouse.inra.fr/bacteria/annotation/cgi/ralso.cgi) 

Bakteria ini menyerang beberapa jenis tanaman termasuk tomato, pisang, ubi kentang, terung dan tembakau. R. solanacearum biasanya memasuki tumbuhan melalui luka. Luka semula jadi (oleh pemotongan bunga, genesis akar sisi) dan unsur luaran (amalan pertanian atau serangan perosak seperti nematod) akan menjadi tapak kemasukan bagi R. solanacearum. Tidak seperti kebanyakan bakteria phytopathogenic, R. solanacearum berpotensi untuk mengakibatkan jangkitan sistemik yang membawa kepada layu bakteria dengan hanya memerlukan satu tapak kemasukan sahaja. 

Kelayuan berlaku pada tahap populasi bateria yang tinggi dalam xilem dan sebahagiannya disebabkan oleh kehilangan fungsi vaskular di mana air tidak boleh sampai kepada daun secukupnya. Pada masa ini, kandungan polisakarida luar sel (EPS1) adalah kira-kira 10 μg/g tisu dalam akar rambut, hypocotyl dan teras tengah; kepekatan EPS1 kemudian menjadi lebih tinggi daripada 100 μg /g dalam tisu tumbuhan yang menunjukkan simptom layu bakteria. Toksin sistemik Ralstonia juga menyebabkan kehilangan kawalan stoma tetapi tidak ada bukti untuk transpirasi berlebihan. Faktor utama yang menyebabkan kerosakan ialah kepadatan bakteria yang tinggi dalam xilem akan mengakibatkan degredasi dinding sel. Selain itu, mekanisma kawalan oleh tumbuhan itu sendiri; menghasilkan getah dan tylose bagi menyekat pergerakan bakteria dalam xilem juga menyebabkan air tidak dapat disalurkan kepada daun dan mengakibatkan kelayuan. 



Gambar 2 : Pengasingan secara langsung R. solanacearum boleh didapati daripada lendir (ooze) yang terhasil.

Bakteria ini boleh membiak dan berada dalam keadaan dorman di dalam tanah untuk beberapa tahun. Ia juga boleh hidup di dalam air selama 40 tahun pada suhu 20–25 °C. 


Penyakit Moko

Mengapa serangan bakteria ini pada pisang dinamakan sebagai penyakit Moko? Penyakit ini mula dikesan pada tahun 1890 di Trinidad yang menyerang pisang Moko. Pisang Moko merupakan salah satu makanan penduduk Trinidad, dan penyakit ini mendapat namanya. Serangan ini melumpuhkan ladang dan kebun pisang di negara tersebut sehinggalah pada 1940-50 tanaman pisang Moko diusahakan semula. 

Simptom serangan berbeza bergantung kepada strain bakteria penyebab jangkitan, mod penghantaran patogen oleh vektor, umur tanaman perumah dan reaksi kepada tanaman perumah itu sendiri. Jangkitan kultivar pisang pencuci mulut biasanya berlaku melalui akar atau rizom. Tanda-tanda awal penyakit ialah menguning dan daun tertua mula layu, yang akhirnya menjadi nekrotik. Simptom merebak ke daun muda, yang menyebabkan warna menjadi hijau pucat atau keputihan sebelum menjadi nekrotik. Penyakit ini boleh menyebabkan sulur layu dan mati. Perkembangan buah-buahan terbantut dan akhirnya pecah menyebabkan dalaman buah bertukar warna dan akhirnya reput. Tisu vaskular pada batang pisang berubah warna dan muncul ooze bakteria jika diuji dengan merendam vaskular yang dijangkiti ke dalam air bersih. 

Gambar 3: Jangkitan pada buah yang belum matang. Buah menjadi rosak akibat pecah dan mereput.

Gambar 4: Xilem berubah warna. Jangkitan Moko menyebabkan tisu vaskular menjadi perang dan akhirnya hitam.

Serangan penyakit Moko mula dikesan di Daerah Klang pada bulan Mei 2009. Banyak kebun pisang terjejas akibat serangan ini. Pada bulan Januari 2012, serangan ini menular di Daerah Sabak Bernam. Gambar-gambar serangan penyakit Moko yang berlaku di Tebuk Jawa, Sabak Bernam;







Kawalan 

Tiada racun yang boleh mengawal penyakit ini. Satu-satunya cara berkesan ialah pembasmian tumbuhan yang dijangkiti. Jika penyakit Moko menyerang ladang komersial kerugian akan disebabkan oleh kehilangan hasil dan kos bagi langkah-langkah pencegahan yang dikehendaki untuk mengawal penyebaran penyakit ini. Pencegahan melibatkan penyingkiran tanaman daripada dijangkiti dan menggunakan alat dan jentera yang dinyahkuman bagi mengurangkan risiko penyebaran. Petani digalakkan membuat kitaran tanaman dan tanaman pisang hendaklah dielakkan untuk beberapa tahun. 


kredit to :http://hijausawah.blogspot.com