Monday, 6 April 2015

Kursus Asas Teknologi Penternakan Lebah Madu Dan Lebah Kelulut

Penceramah Encik Mustafa Jabar Ketua Unit TKPM dan Projek Khas Jabatan Pertanian Negeri Selangor 
















Kursus asas ini dengan tujuan menambah ilmu pengetahuan kepada kakitangan Jabatan pertanian Negeri Selangor mengenai mengenai pengenalan kehidupan dan kaedah pembiakan lebah kelulut. Kursus tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan. 

Kursus Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) Dan Pensijilan Skim Organik Malaysia (SOM)

Penceramah : Puan Kamariah binti Abu Bakar 
Urusetia MyGAP Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman Kementerian Pertanian Malaysia MOA, Putrajaya.










Kursus yang diadakan bertujuan memupuk kesedaran kepada para pengusaha pertanian di kawasan sekitar Jabatan pertanian daerah Hulu Langat. Mengenai skim MyGap dan Som, dengan adanya kursus sebegini memberi pendedahan serta bertukar pandangan dan pelbagai idea dan persoalan mengenai skim ini dapat diberikan oleh para pengusaha pertanian. Seramai 40 orang usahawan tani terdiri daripada pelbagai pengalaman pertanian telah pun mengambil bahagian dalam kursus anjuran Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat. 

Tuesday, 3 March 2015

Program Pertanian Bandar Anjuran DF Farm House Jalan Bukit, Kajang

Pada 14hb Februari Sabtu, bertempat di DF Farm House Jalan Bukit, Kajang telah berlangsung Kempen Pertanian Bandar yang dianjurkan sendiri oleh DF Farm House. Dengan usaha sama wakil penduduk kawasan sekitar bagi meningkatkan kesedaran mengenai Pertanian Bandar yang kian membangun pada ketika ini. Majlis dirasmikan oleh Tan Sri Dato' Soong Siew Hoong, Executive Advisor ACCIM. Pihak DF Farm turut menjemput Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat selaku agensi yang berkuatkuasa mengenai Program Pertanian Bandar. En. Abidin bin Mohd Ariffin, Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Selangor turut sudi meluangkan masa mengunjungi program dan menyampaikan amanat mengenai Program Pertanian Bandar yang giat dipromosikan hingga ke hari ini. Serta tidak ketinggalan Pegawai Daerah Hulu Langat En. Hanifah Hassan beserta Desk Officer Pertanian Bandar Hulu Langat En. Imam Suhadi bin Sunhaji. 



Dari kiri, D.O Pertanian Bandar En. Imam Suhadi b. Sunhaji, Pen.Peg. Pertanian Pembangunan Hulu Langat En. Syazwan dan PPD Hulu Langat En, Hanifah b. Hasan


Antara hadirin yang hadir


Demonstrasi Vertical Farm Drum, dari En. Jeff Kong 


Sesi bergambar diantara DF Farm House dan komuniti


En. Abidin bin Mohd Ariffin Timb. Pengarah Pertanian Negeri Selangor menyampaikan amanat. 



Tuesday, 23 December 2014

Awasi Rumput Miang Mexico.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Info terbaru mengenai penemuan rumput miang mexico (Parthenium hysterophorus). Pada review kali ini disertakan mengenai cara sebaran dan latar belakang rumput miang mexico ini dan juga perbezaannya dengan pokok ulam raja. 

ciri - ciri Rumput Miang Mexico 

Antara perbezaan pokok ulam raja dan rumput miang mexico. 

Perbezaan pokok muda. 

Cara pertumbuhan rumput miang mexico








Sebarang aduan mengenai kewujudan rumput miang mexico ini boleh terus dilaporkan kepada Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat atau Pejabat Pertanian Daerah yang berhampiran. 




Wednesday, 12 November 2014

HARI LADANG DAN HARI BERTEMU PELANGGAN

PROGRAM HARI LADANG DAN HARI BERTEMU PELANGGAN
PEJABAT PERTANIAN DAERAH HULU LANGAT
BERSAMA MOA-INC DAERAH HULU LANGAT

TARIKH  : 15 NOVEMBER 2014
MASA      : 9.00 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT : PEJABAT PERTANIAN DAERAH HULU LANGAT (PUSAT FLORA CHERAS)
                   BATU 11, JALAN CHERAS, KAJANG


ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN

- Pameran Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
- Pameran berkaitan aktiviti pertanian
- Jualan bungaan dan anak pokok buah - buahan
- Jualan sayur - sayuran dan buah- buahan
- Kursus berkaitan pertanian
- Jualan produk industri asas tani
- Pemeriksaan kesihatan dan Kempen Basmi Aedes Cegah Denggi
- Pelbagai Pertandingan dan Kuiz
*Cabutan hadiah pengunjung bertuah

* SEMUA DIJEMPUT HADIR

Friday, 13 June 2014

KARNIVAL RAKYAT CEMPAKA

Karnival Rakyat Cempaka yang berlangsung pada Mei lalu, Jabatan Pertanian Daerah Hulu Langat telah dijemput untuk memeriahkan lagi program tersebut. 

Bertempat di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah, Kuala Lumpur





Desk Officer District En Imam Suhadi bin Sunhaji ditemubual oleh pengacara majlis mengenai program Pertanian Bandar(Urban Farming) dari Jabatan Pertanian




Pertandingan motor retro / klasik 


Maklumbalas dari penduduk cempaka mengenai konsep urban farming yang diketengahkan oleh Jabatan Pertanian



PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ANJURAN PUSPANITA DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI DAN SUKARELAWAN IM4U DI RUMAH ANAK YATIM DAN HIDAYAH RAYDHA HIJRAH, HULU LANGAT



Pada pagi khamis 

Antara sumbangan dari pihak Jabatan Pertanian 



Penanaman pokok edible garden









Antara aktiviti penanaman anak pokok 






Bersama - sama aktivis sukarelawan 





Bersama sama YBhg. Datin Seri Muhaini binti Zainal Abidindan ahli PUSPANITA MOA

Pelepasan anak ikan oleh YBhg. Datuk Seri Mohd Hashim bin Abdullah Penasihat PUSPANITA Cawanagan MOA