Pertandingan Memancing Sempena Sambutan 110 Tahun Jabatan Pertanian Peringkat Negeri Selangor.
25 Oktober 2015
10.00 pagi - 12.00 Tengahari
Kolam Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat
Batu 11, Jalan Cheras.
Monday, 19 October 2015
SAMBUTAN 110 TAHUN JABATAN PERTANIAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Ceramah Sempena Sambutan 110 Tahun Jabatan Pertanian Peringkat Negeri Selangor.
"Penghayatan Maal Hijrah"
Oleh :
Ustaz Hj. Mohd Zamri Zainuldin
23 Oktober 2015
8.45 malam.
"Penghayatan Maal Hijrah"
Oleh :
Ustaz Hj. Mohd Zamri Zainuldin
23 Oktober 2015
8.45 malam.
Friday, 16 October 2015
SAMBUTAN 110 TAHUN JABATAN PERTANIAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Sambutan 110 Tahun Jabatan Pertanian Peringkat Negeri Selangor.
23 - 25 Oktober 2015.
Perasmian pada 24/10/2015 jam 10.00 pagi.
Monday, 14 September 2015
PROJEK KOMUNITI PERTANIAN BANDAR (BANGI GREEN PUTRA)
| En. Hanifah bin Hasan, selaku Pegawai Pertanian yang terbabit bagi program pada hari tersebut. |
| antara bahan yang digunakan bagi menghasilkan Organic Plant Booster. |
Program ini telah pun berlangsung pada 12 September 2015 (Sabtu). Dengan usahasama antara penduduk Seksyen 7 Bandar Baru Bangi serta Jabatan Pertanian Daerah Hulu Langat dan juga agensi yang berkaitan dan turut serta menjayakan program ini ialah Universiti Pertanian Malaysia dan RJ Muslim Centre Kids. Pertanian Bandar kini menjadi "trending" di kalangan penduduk taman - taman perumahan kawasan bandar dan ini merupakan sebagai salah satu maklum balas yang positif dari penduduk komuniti kawasan daerah Hulu Langat. Impak dari program yang Jabatan Pertanian sendiri lakukan iaitu Program Pertanian Bandar, sambutan yang diterima amat mengalakkan khususunya meliputi setiap kawasan perumahan di sekitar Hulu Langat.
Monday, 6 April 2015
Kursus Asas Teknologi Penternakan Lebah Madu Dan Lebah Kelulut
Penceramah Encik Mustafa Jabar Ketua Unit TKPM dan Projek Khas Jabatan Pertanian Negeri Selangor
Kursus asas ini dengan tujuan menambah ilmu pengetahuan kepada kakitangan Jabatan pertanian Negeri Selangor mengenai mengenai pengenalan kehidupan dan kaedah pembiakan lebah kelulut. Kursus tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan.
Kursus Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) Dan Pensijilan Skim Organik Malaysia (SOM)
Penceramah : Puan Kamariah binti Abu Bakar
Urusetia MyGAP Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman Kementerian Pertanian Malaysia MOA, Putrajaya.
Kursus yang diadakan bertujuan memupuk kesedaran kepada para pengusaha pertanian di kawasan sekitar Jabatan pertanian daerah Hulu Langat. Mengenai skim MyGap dan Som, dengan adanya kursus sebegini memberi pendedahan serta bertukar pandangan dan pelbagai idea dan persoalan mengenai skim ini dapat diberikan oleh para pengusaha pertanian. Seramai 40 orang usahawan tani terdiri daripada pelbagai pengalaman pertanian telah pun mengambil bahagian dalam kursus anjuran Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat.
Urusetia MyGAP Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman Kementerian Pertanian Malaysia MOA, Putrajaya.
Kursus yang diadakan bertujuan memupuk kesedaran kepada para pengusaha pertanian di kawasan sekitar Jabatan pertanian daerah Hulu Langat. Mengenai skim MyGap dan Som, dengan adanya kursus sebegini memberi pendedahan serta bertukar pandangan dan pelbagai idea dan persoalan mengenai skim ini dapat diberikan oleh para pengusaha pertanian. Seramai 40 orang usahawan tani terdiri daripada pelbagai pengalaman pertanian telah pun mengambil bahagian dalam kursus anjuran Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat.
Tuesday, 3 March 2015
Program Pertanian Bandar Anjuran DF Farm House Jalan Bukit, Kajang
Pada 14hb Februari Sabtu, bertempat di DF Farm House Jalan Bukit, Kajang telah berlangsung Kempen Pertanian Bandar yang dianjurkan sendiri oleh DF Farm House. Dengan usaha sama wakil penduduk kawasan sekitar bagi meningkatkan kesedaran mengenai Pertanian Bandar yang kian membangun pada ketika ini. Majlis dirasmikan oleh Tan Sri Dato' Soong Siew Hoong, Executive Advisor ACCIM. Pihak DF Farm turut menjemput Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat selaku agensi yang berkuatkuasa mengenai Program Pertanian Bandar. En. Abidin bin Mohd Ariffin, Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Selangor turut sudi meluangkan masa mengunjungi program dan menyampaikan amanat mengenai Program Pertanian Bandar yang giat dipromosikan hingga ke hari ini. Serta tidak ketinggalan Pegawai Daerah Hulu Langat En. Hanifah Hassan beserta Desk Officer Pertanian Bandar Hulu Langat En. Imam Suhadi bin Sunhaji.
![]() |
Dari kiri, D.O Pertanian Bandar En. Imam Suhadi b. Sunhaji, Pen.Peg. Pertanian Pembangunan Hulu Langat En. Syazwan dan PPD Hulu Langat En, Hanifah b. Hasan |
![]() |
Antara hadirin yang hadir |
![]() |
Demonstrasi Vertical Farm Drum, dari En. Jeff Kong |
![]() |
Sesi bergambar diantara DF Farm House dan komuniti |
![]() |
En. Abidin bin Mohd Ariffin Timb. Pengarah Pertanian Negeri Selangor menyampaikan amanat. |
Subscribe to:
Posts (Atom)













